Keluaran The Best Of Siti Nurhaliza

The Best Of Siti Nurhaliza menjadi album kompilasi pertama Siti Nurhaliza selepas muncul dengan enam album studio dari 1996 sehingga awal 2000. Album ini menampilkan 10 lagu-lagu popular beliau dari tiga albumnya Siti Nurhaliza II (1997), Adiwarna (1998) dan Pancawarna (1999) serta memuatkan dua lagu baru — "Gelora Kasih" ciptaan Johari Teh dan "Dalam Taman Syahdu" ciptaan Fauzi Marzuki.

Album ini dikeluarkan pada 30 April 2000 di Malaysia dan telah terjual sebanyak 60, 000 unit.[2] The Best of Siti Nurhaliza dilancarkan di Indonesia pada Mei 2000 dan menerima pensijilan Emas oleh ASIRI dengan jualannya mencecah 75, 000 unit,[3] sekaligus menduduki kedudukan kedua di Carta RIM.